Sunday 7 August 2011

Sambungan Kisah Abdullah

Selesai babak pertama muncul pula babak baru dimana raja mula menyukai kepada si penjaga kebun atas kejujuran nya apa lagi untuk membalas jasa nya. Raja mempunyai  rancangannya tersendiri.
Raja menpunyai seorang puteri yang masih bujang ingin di jodohkan dengan Abdullah yang di kiranya boleh membahagiakan anakandanya. Maka di panggil nya si penjaga kebun masuk mengadap. Dalam hati Abdullah pening memikirkan apa pula hajat tuanku kali ini. Hajat tuanku mesti di patuhi lalu Abdullah pun datang mengadap dalam keadaaan keresahan.  Melihat si penjaga kebun delima’raja terus bertanya” hai Abdullah beta ingin bertanya adakah kamu sudah berumah tangga yakni berkahwin” jawab Abdullah belum tuanku…patik masih bujang . Raja terus dengan soalan seterus nya” sudikah kamu jika beta kahwinkan kamu dengan puteri beta. Terdiam seketika kemudian berkata’ siapa lah patik untuk menolak pemintaan tuanku. Tersenyum raja mendengar jawapan Abdullah.
Tiba hari yang di tunggu tunggu Abdullah pun di kahwinkan dengan puteri raja yang belum pernah di lihat nya sebelum ini. Selesai penikahan Abullah pun di benarkan  berjumpa dengan isterinya dan alang kah terperanjat nya bila di lihat wajah isteri nya untuk pertama kali “terlalu rupawan bak bidadari “ Terpegun hingga tidak dapat berkata apa apa. Seperti lagu “senyum tak perlu kata apa apa”
Selepas beberapa ketika mereka pun mula berbicara penuh dengan sopan santun dan di akhir bicara Abdullah pun mengemukakan beberapa pemintaan. Pertama isteri nya tidak bolah makan apa apa makanan dari istana kecuali makanan yang akan di bekalkan oleh suami nya setiap hari. Kedua Abdullah tidak akan bersama isteri nya di waktu malam selama empat puluh hari. Terkejut puteri raja lalu ditanya mengapakah di kenekan syarat yang sedemikan maka Abdullah pun menjawab “wahai isteri ku nanti selepas empat puluh hari engkau akan mendapat jawapannya. Tercengang si isteri lalu Abdullah pun berlalu
Pada ke esokkan hari nya Abdullah membawa makanan yang di sediakan nya sendiri lalu di berikan kepada isteri nya. Sebagai seorang isteri yang solehah ia menerima dengan lapang dada dan masa pun berlalu beberapa ketika. Apa yang dilakukan Abdullah akhir nya di ketahui oleh Raja lalu diperintah nya pengawal mencari Abdullah bagi mendapatkan penjelasan. Selepas di cari akhirnya pengawal bertemu Abdullah menginap di sebuah masjid di pinggir kota lalu di bawa nya bertemu raja. Setiba nya di istana raja pun bertanya”wahai Abdullah, dulu awak adalah pekerja beta tetapi sekarang awak adalah menantu beta..betul kah awak telah mengenakan syarat kepada puteri beta sedemikian dan sedemikian maka Abdullah menjawab “betul ayahanda memang anakanda ada mengenakan syarat kepada isteri anakanda yang dia tidak boleh memakan apa apa makanan dari istana dan anakanda tidak boleh bersama nya selama empat puluh hari. Raja menjadi hairan dan bertanya kenapa. Dengan penuh keyakinan Abdullah pun berkata pertama makanan yang di sediakan oleh istana ada lah hasil dari wang tuanku di mana ada sebahgian dari wang tersebut adalah wang rakyat dan ada juga wang tuanku perolehi dari sumber yang tidak halal dan subhah jadi saya tidak mahu isteri memakan makanan dari sumber yang tidak bersih sedangkan makanan yang anakanda beri adalah dari sumber yang halal dari titik peluh anakanda sendiri. Kedua anakanda tidak mahu bersama isteri anakanda selama empat puluh hari ialah kerana anakanda hendak isteri anakanda bersih dari apa yang dia telah makan selama ini. Selepas empat puluh hari Inshallah anakanda akan bersama dengan isteri anakanda jika kami di takdirkan mendapat anak Inshallah anak kami akan mendapat anak yang soleh. Mendengar kata kata dari dari Abdullah itu tadi raja pun terdiam dan di dalam hati nya mengakui akan kebenaran kata kata tersebut.
Setahun selapas itu Abdullah pun mendapat seorang putera . Betul apa yang dikatakan oleh Abdullah anak nya menjadi anak  yang sangat soleh dimana ketika usia nya masih kanak kanak dia sudah pun menghafal Al Quraan….Ada riwayat mengatakan anak itu adalah ahli sufi yang terkenal Sheikh Abdul Kadir Al Jalani….Wallahualam