Saturday 6 August 2011

Renungkan kisah ini, Abdullah

Al kisah kejadian ini berlaku di sebuah negeri dalam Asia Tengah. Mungkin bekas jajahan Rusia selatan. Bermula nya terdapat sebuah negeri dimana raja nya mempunyi banyak kebun kebun buah buahan dan di antara nya terdapat pokok pokok delima yang sangat banyak. Kebun kebun ini di kendalikan oleh banyak pekerja  dan di antara nya bernama Abdullah yang bekerja lebih dua puluh tahun dengan baginda. Beliau adalah seorang yang sangat rajin bekerja dan sangat alim orangnya.  Abdullah di tugaskan untuk menjaga kebun delima raja sejak dia mula bekerja. Pada suatu hari raja telah memanggil Abdullah megadap dan baginda bertitah ' tidak lama lagi sahabat beta dari negeri jiran akan datang jadi beta hendak tuan hamba menyediakan buah delima yang paling manis sekali dari kebun beta lalu Abdullah menjawab 'titah tuanku patik junjung'
Tiba hari nya rombongan dari negeri jiran pun datang. Pihak istana menyediakan beraneka makanan dan buah buahan termasuk buah delima yang di sediakan oleh penjaga kebun Abdullah. Apabila tetamu serta raja manjamah buah delima yang disediakan oleh Abdullah make bekedut lah muka raja serta tetamu oleh sebab kemasamam buah tersebut. Raja menjadi murka lalu Abdullah pun dipanggil. Raja pun berkata beta menyuruh kamu menyediakan buah delima yang manis manis bukan yang masam. Sekarang kamu pergi balik ke kebun dan ambil buah delima yang manis. Tanpa melengah kan masa Abdullah pun terus  kekebun dan seketika kemudian dia pun datang membawa buah delima yang baru. Raja dan tetamu nya terus memakan buah delima tersebut maka mencuka lah muka mereka sebab buah tersebut lebih masam dari buah delima yang pertama. Raja menjadi sangat murka lalu berkata ' kamu mempermainkan beta di depan tetamu beta' Sekarang kamu pergi balik ke kebun dan ambil buah delima yang manis kemari tetapi jika masam juga beta akan menjatuhkan hukum pancung ke atas kamu. Dalam keadaan ketakutan Abdullah pun belari ke kebun untuk mencari buah delima yang manis. Sekembali nya dari kebun dalam keadaan kepenatan beliau pun mempersembahkan buah delima yang di ambil untuk kali ke tiga kepada raja. Selepas buah delima yang di bawa oleh Abdullah dimakan oleh raja baginda pun berkata hulubalangnya ' Tangkap si pejaga kebun delima beta' dia telah menghina dan memalukan beta. Raja telah nmenjatuhkan hukuman pancung keatas Abdullah kerana gagal membawa buah delima yang manis kepada raja dan tetamu nya. Raja berkata 'Abdullah kamu telah bekerja dengan beta lebih dua puluh tahun masakan kamu tidah tahu mana pokok delima yang manis buah nya dan yang mana tidak' lalu Abdullah menjawab betul tuanku saya telah bekerja dengan tuanku lebih dua puluh tahun tapi dalam tempuh tersebut patik tidak pernah makan walaupun sebiji buah delima tuanku. Tuanku menyuruh patik menjaga kebun delima tuanku tapi tuanku tak pernah menyuruh patik makan buah delima tuanku jadi mana lah patik tahu mana pokok delima yang manis dan mana pokok delima yang masam. Tercengang tuanku mendengar penjelasan Abdullah. Tuanku pun berkata selama saya menjadi raja di negeri ini belum pernah beta berjumpa orang sejujur dan seamanah kamu.Raja pun menarik balik hukuman pancung ke atas Abdullah.