Sunday 21 August 2011

Patut atau Tidak Patut?

  Apabila ada seorang yang berpakaian kemas dan cantik datang kepada kita untuk meminta sedekah,  patut kah kita memberi?  – jawapan nya - Tidak patut
   Apabila diberitahu pula orang yang berpakaian kemas itu seorang muallaf baru memeluk Islam dan tidak mempunyi pekerjaan. Pakaian yang di pakai nya pun adalah sumbangan dari orang  ramai. Patut kah kita menolong.- Jawapan nya sudah pasti – Patut
   Apabila seorang berkaki kudung datang kepada kita meminta sedakah untuk membeli kaki palsu bagi memudah kan dia bekerja patut kah kita menolong- jawapan nya - Patut
   Apabila orang memberitahu kita yang Pejabat Zakat sudah pun memberi bantuan kaki palsu kepada nya. Patut kah kita menolong - Jawapan nya - Tidak Patut
   Tetapi apabila diberitahu pula memang Pejabat Zakat ada memberi bantuan membeli kaki palsu tetapi itu sepuluh tahun dulu dan kaki palsu pun sudah rosak  dan perlu di ganti baru. Patut kah kita menolong – jawapan nya -  Patut
   Jika di teliti secara mendalam jawapannya akan berubah -ubah mengikut keadaan semasa. Apa yang nak disampaikan di sini ialah apabila kita tidak tahu keadaan atau cerita sebenarnya sudah pasti kita akan memberi jawapan yang salah.
   Begitulah keadaan masyarakat kita sekarang suka sangat memberi komen komen walaupun sesetangahnya tidak tahu hujung pangkal hanya mendengar cerita dari mulut ke mulut, sanggup meletakkan diri ke jurang dosa. Ada yang sanggup pergi lebih jauh hingga berani mengkafirkan orang. “Masyallah” Bukan kan telah di ajar dalam agama kita apabila kita mengata perihal seseorang tanpa pengetahuan nya walaupun apa yang di perkatakan itu adalah benar ia tetap di kira mengumpat dan berdosa. Lebih teruk lagi apa yang di perkatakan itu tidak benar ia akan menjadi satu fitnah dan dosa nya sangat besar. Bukan kan menfitnah itu lebih besar dosa nya dari membunuh? Adakah anda dalam golongan tersebut? “Fikirkanlah”
   Seorang muallaf pernah berkata “saya memeluk Islam bukan kerana masyarakat nya. Kalau begini lah cara masyarakatnya saya tidak akan memeluk Islam. Saya memeluk islam adalah kerana kesucian agama nya dan kemurnian ajarannya”
   Suatu hari Rasulallah SAW sedang mencari kayu api lalu berkata seorang sahabat kepada baginda. “ Wahai Muhammad tuan adalah seorang Nabi dan Rasul Allah mana mungkin tuan memusing sebegini mencari kayu api.” lalu baginda pun datang kepada sahabat nya dan berdiri di hadapan nya lalu berkata  “ya memang saya seorang Nabi dan Rasul Allah tetapi saya sendiri tidak tahu apa yang akan terjadi kepada diri saya. Ingat bahawasanya Allah tidak suka kepada orang yang merasai diri nya lebih dari orang lain.
Ambil lah iktibar dari kisah Rasulallah SAW ini..