Tuesday 6 September 2011

Bismillahirrahmanirrahim...

   Setiap malam jumaat Muhammad tidak akan lepas peluang untuk mengikuti kelas agama dari seorang Sheikh berketurunan arab yang mengajar di sebuah masjid terletak di seberang sungai. Sudah hampir setahun dia berulang alik setiap malam jumaat  mengunakan perkhidmatan perahu tambang untuk membawanya menyeberang sungai dengan bayaran sepuluh sen sehala. Pada masa itu di kira tinggi bayarannya,maklum lah tahun sembilan belas empat puluhan. Masa itu perkhidmatan lain tidak ada dan perahu tambang memainkan peranan yang sangat penting sebagai pengangkutan air. Sekarang ini semua itu menjadi bahan sejarah. Dimana mana pun terdapat jambatan jambatan melintasi sungai sungai bagi memudahkan penduduk berulang alik kesana kemari.
   Muhammad sangat berpuas hati berulang alik mengunakan perkhidmatan perahu tambang tetapi yang menjadi masalah kepadanya ialah perahu tambang akan berakhir pada pukul sepuluh malam sedangkan kuliah agamanya ada ketika akan berlansung hingga lewat malam. Ada beberapa kali dia ketinggalan perahu terakhir kerana telalu asyik dengan mendengar ceramah Tuan Sheikh sehingga terpaksa bermalam di masjid. Untuk mengelak pekara sedemikian belaku beliau terpaksa meninggalkan kuliahnya separuh jalan walaupun ada masa nya apa yang diajarkan oleh Tuan Sheikh itu sangat menarik.
   Murid murid Tuan Sheikh ini kebanyakkannya dah lanjut usia kecuali beberapa orang sahaja yang seusia Muhammad. Mungkin anak anak muda pada masa itu lebih gemar belajar di sekolah inggeris berbanding dengan belajar agama sebab lebih mudah untuk mendapat kerja dengan kerajaan. Berkerja dengan kerajaan pada masa itu di pandang tinggi oleh masyarakat. Muhammad seorang yang pendiam adalah satu satu nya anak muda yang gemar mendalami ilmu agama. Dia datang dari keluarga yang serba kekurangan . Ayahnya dah lama pergi meninggal kan mereka dan yang tinggal hanyalah dia, ibu nya dua orang adik perempuan.
   Pada suatu malam Muhammad menghadiri kuliah agamanya macam biasa. Apa yang diajarkan oleh Tuan Sheikh sangat lah menarik hingga Muhammad mendengar dengan penuh khusyuk.  Tuan Sheikh meneruskan kuliahnya hingga sampai ke satu ketika ia berkata dengan membaca Bismillahirahmanirrahim kita dapat menewaskan musuh yang hebat hebat. Dengan membaca Bismillahirahmanirahim juga kita dapat berjalan di atas air bagaikan berjalan di atas bumi yang keras. Tuan Sheikh menyambung lagi, ini lah yang di amalkan oleh panglima panglima islam zaman silam hingga dapat menawan hampir separuh dunia. Mendengar kata kata Tuan Sheikeh tersebut terdetik di hati Muhammad mengapalah Tuan Sheikh tak bagi tau dari dulu lagi tak payah lah dia kena bermalam di masjid kerana ketinggalan perahu tambang dan tak perlu lah ia  meninggalkan kuliah lebih awal. Mulai hari ini masalah Muhammad ketinggalan perahu tambang tak wujud lagi dan dia boleh mengikuti kuliah agama hingga ke akhir nya walaupun sampai ke larut malam .
   Tepat pukul sebelas malam kuliah pun berakhir, dengan muka penuh berseri seri Muhammad pun bersalaman dengan Tuan Sheikh dan juga pelajar pelajar lain yang kebanyakan nya tinggal sekitar masjid kecuali dia yang terpaksa mengharungi sungai untuk balik ke rumah. Setibanya di penambang keadaan senyap dan sunyi kerana perahu terakhir telah pun berlalu. Apa yang di ajarkan oleh tuan sheikh masih bermain main di fikiran nya dengan setiap perkataan bagaikan di bisikan di telinga nya. Justeru itu Muhammad pun menghampiri tebing sungai dengan hati yang penuh keyakinan dan keimanan membaca Bismillahhirahmanirrahim melangkah kaki kanan nya meletakan di atas pemukaan air. Masyallah pemukaan air yang yang di pijak menjadi keras seolah olah di berpijak di atas sebuah cermin yang di hamparkan di atas pemukaan sungai.  Pelahan lahan dia meletakkan kaki kiri nya pula diatas pemukaan air dan mula berjalan melintasi sungai tersebut tanpa membasahi kaki nya walau pun sedikit. Sambil melintasi sungai tersebut Muhammad tak habis habis memuji kebesaran Allah Subhanahuwatalla dan kagum dengan kehebatan ilmu guru nya. Tiada siapa pun yang melihat Muhammad berjalan melintasi sungai dengan berjalan kaki kecuali Yang Maha Esa
   Mulai dari malam itu tercipta lah episod baru bagi Muhammad berjalan di atas air setiap kali pulang dari kuliah. Dia tidak pernah menceritakan kepada sesiapa pun termasuk ibunya takut takut menjadi riak, sedangkan perbuatan riak itu sangat di benci oleh Allah.  Muhammad tetap mengunakan perkhidmatan perahu tambang sehala setiap kali menghadiri kuliah tuan sheikh.
   Masa pun berlalu dengan pantas hingga suatu hari ibu Muhammad ingin  mengadakan kenduri arwah untuk suaminya iaitu bapa Muhammad. Ibu Muhammad mencadangkan supaya menjemput Tuan Sheikh untuk membaca doa arwah dan dipersetujui oleh Muhammad memandangkan dia seorang yang berilmu. Berita pun disampaikan kepada tuan sheikh dan dia bersetuju menerima undangan tersebut.
   Tibalah hari yang di tetapkan maka kuliah agama pun dipendekkan bagi memberi laluan kepada semua jemaah menghadiri kenduri arwah rumah Muhammad.  Selesai sahaja sembahjang ishya begegas lah ahli jemaah turun dari masjid termasuk Tuan Sheikh menuju ke penambang yang jauh nya kira setanak nasi. Apabila sampai di penambang  mereka dapati tiada perahu tambang untuk membawa mereka ke seberang dan apabila di tanya mereka di beritahu bahawa perkhidmatan perahu tambang di berhentikan sementara waktu sebab beberapa orang pendayung nya telah jatuh sakit dan muntah muntah yang sebabnya belum diketahui.
   Berkata lah Tuan Sheikh kepada Muhammad “bagaimana kita nak pergi ke rumah awak sedangkan rumah awak di seberang sungai dan tiada perahu tambang yang boleh bawa kita ke sana”. Maka berkata lah Muhammad “ apa yang nak di susahkan bukankah tuan juga yang berkata dengan membaca Bismillahirahmanirrahim kita dapat melakukan segala segala nya termasuk berjalan atas air jadi kita tak perlu pakai perahu lagi”.Mendengar kata kata Muhammad itu tadi tercenganglah semua yang ada termasuk tuan guru mereka. Tanpa membuang masa Muhammad pun menuju ke gigi air dengan membaca Bismillahirahmanirrahim dia melangkah dan memijak pemukaan air diikuti dengan kaki kiri mula berjalan di atas air. Terkejut kepada semua yang ada menyaksikan Muhammad berjalan di atas air tanpa tengelam bagaikan berjalan di permukaan yang keras. Berkata lah Muhammad lagi kepada tuan guru nya  “sila lah tuan dan semua jemaah sekalian ikut saya”. Dalam keadaan kebingungan dan kehairanan mereka pun menghampiri tebing sungai di mulai oleh Tuan Sheikh. Dalam keadaan terketer ketar antara percaya dan tidak dengan membaaca  kalimah Bismillahirahmanirahim Tuan Sheikh pun melangkah kaki nya ke dalam sungai. Sebaik sahaja tuan guru mula berpijak di atas air apa lagi tanpa sebarang amaran dia terus tengelam. Nasib baik tebing sungai tidak berapa dalam dan ahli jemaah sempat menarik tuan guru naik keatas. Habis basah jubah tuan guru termasuk serbannya sekali. Keadaan di penambang menjadi kecoh tetapi lama kelamaan menjadi reda apabila ahli jemaah mula pulang ke rumah masing masing tanpa memakan kenduri termasuk Tuan Sheikh sendiri. Pulanglah Muhammad bersendirian untuk mengetuai doa tahlil arwah bersama ahli keluarganya kerana tidak seorang jemaah yang mampu mengikutinya.
   Terdapat dua iktibar di dalam cerita ini. Pertama setinggi mana ilmu kita, walaupun mengunung jika tidak di amalkan maka ia akan menjadi sia sia sahaja tetapi jika kita amalkan dengan istiqamah walau pun ilmu yang sedikit ia tetap akan memberi manfaat kepada kita
   Kedua nya untuk berdoa dan bertahlil adalah lebih baik di lakukan oleh ahli keluarga sendiri . Allah pasti mengabulkan doa anak yang soleh. Wallahualam.